Setia Dalam Memberikan Penjagaan Kesihatan Yang Berkualiti, Kos Efektif, Inovatif & ⁠⁠⁠Prihatin

Pusat Pakar Permata Raoofah, (PHC) memulakan perkhidmatan sebagai klinik pakar bersalin dan sakit puan, Klinik Raoofah pada tahun 2008. Klinik ini telah dinaik taraf kepada sebuah Pusat Perubatan dan Pusat Bersalin 24 jam pada bulan Mac 2014. Pusat Perubatan ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan perubatan pesakit dan ibu-ibu mengandung yang tinggal di kawasan berhampiran dengan Bandaraya Ipoh seperti Silibin, Jelapang, Meru, Seri Iskandar, Daerah Manjung dan Hilir Perak. Pengunjung dari bandar-bandar berhampiran dan negeri-negeri utara dan selatan pula mempunyai akses mudah ke Pusat Perubatan ini melalui susur keluar Jelapang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan juga melalui Lebuh Raya Ipoh-Lumut.

Pusat Perubatan ini dilengkapi peralatan perubatan canggih yang memberikan khidmat perubatan am, pakar sakit puan, perkhidmatan bersalin dan juga kemudahan untuk pesakit dalaman seperti wad, dewan bersalin dan dewan bedah. Ia juga menyediakan perkhidmatan pakar untuk bayi dan kanak-kanak (pediatrik) dan khidmat phototerapi untuk bayi. Selain dari itu, pusat ini juga mempunyai makmal perubatan dalaman yang lengkap dengan peralatan ujian yang moden.

Pusat Perubatan ini dimiliki sepenuhnya oleh Permata Healthcare Sdn. Bhd (725681-H).

VISI

PHC sentiasa konsisten dalam pembaharuan penjagaan kesihatan. Kami sedar akan keperluan dan keinginan pesakit kami dalam mendapatkan perkhidmatan yang terbaik, persekitaran yang bersih serta penjagaan kesihatan berpatutan dan berkualiti tinggi.

MISI

PHC komited dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif, berkualiti, bersesuaian dengan keinginan pesakit dengan harga yang berpatutan.

SKOP

  • Menyediakan penjagaan perubatan kepada pengunjung yang mendapatkan perkhidmatan perubatan di pusat ini.
  • Memberi rawatan perubatan kepada pesakit/pengunjung pada harga yang berpatutan.
  • Bertindak sebagai pusat bersalin untuk penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan; memandangkan jarak kawasan pusat perubatan kami adalah dalam lingkungan radius 5 km ke hospital yang terdekat (kerajaan atau hospital swasta).

NILAI Kami

Kasih Sayang

Kami menyediakan persekitaran yang penyayang dan kondusif untuk penyembuhan secara fizikal, emosi dan rohani. Kami menghormati keperluan dan keinginan individu serta hak pesakit kami.

Kualiti

  • Kami percaya kepada kualiti berterusan dalam penjagaan kesihatan dan peningkatan prestasi kerja sebagai asas untuk mengekalkan dan meningkatkan penyampaian penjagaan kesihatan.
  • Komunikasi dan pendidikan yang berkesan diantara pesakit, doktor, dan kakitangan adalah unsur-unsur penting dalam proses ini.

Kos Efektif

Kami menawarkan rawatan dan perkhidmatan berkualiti dengan harga yang berpatutan.